Animals International
Anda Sememangnya Hebat!

Setiap kali kita makan, kita membuat sebuah kenyataan mengenai dunia jenis apa yang kita ingin huni. Dengan memilih untuk memakan makanan yang bebas-daging, anda memakan untuk sebuah dunia yang lebih prihatin, bersih dan sihat.

Lenyapkan binatang daripada sajian anda dengan 5 petua mudah ini
1 Makan Dengan Baik
Terdapat sebuah dunia makanan bebas-daging yang lazat, memuaskan hati dan sihat yang menunggui anda. Mulakan memasak dengan sajian bebas-daging hari ini.
Dapatkan resipi Carikan restoran
1 Makan Dengan Baik
Terdapat sebuah dunia makanan bebas-daging yang lazat, memuaskan hati dan sihat yang menunggui anda. Mulakan memasak dengan sajian bebas-daging hari ini.
Sebahagian besar restoran mempunyai hidangan sayur-sayuran yang lazat di dalam menu mereka. Happy Cow boleh membantu anda untuk mendapatkan pilihan yang lebih hebat berhampiran dengan anda.
2 Buangkan kezaliman
Apa masalahnya dengan daging?

Sedihnya, pertanian dan perladangan zaman moden tiada persamaannya sama sekali dengan ladang-ladang yang menghiasi buku-buku kanak-kanak. Setiap tahun, berbilion binatang hidup di dalam kurungan yang melampau di dalam kilang-kilang ladang. Mereka merana kesakitan akibat keperitan pembedahan tanpa adanya pembiusan kesakitan, misalnya bila ekor, gigi dan paruh mereka dikerat. Dan dalam saat-saat terakhir kehidupannya, mereka mengalami perasaan ketakutan dan tekanan yang menyelubungi tempat penyembelihan.

AMARAN: Rakaman video ini mengandungi
imej-imej yang menggerunkan.

& ubahkan dunia
Lepaskanlah haiwan

Setiap kali anda memilih untuk menggantikan daging, telur dan tenusu dengan makanan berasaskan tumbuhan, anda melepaskan haiwan daripada penderitaan dan penyembelihan.

& ubahkan dunia
Lepaskanlah haiwan

Setiap kali anda memilih untuk menggantikan daging, telur dan tenusu dengan makanan berasaskan tumbuhan, anda melepaskan haiwan daripada penderitaan dan penyembelihan.

& ubahkan dunia
Selamatkan alam sekitar
  • Perladangan ternakan menyumbang lebih kepada pemanasan global daripada kesemua pengangkutan dunia.
  • mungkin runtuh menjelang 2050.


     
  • Saintis meramalkan bahwa pada kadar penangkapan ikan semasa, jumlah populasi ikan di lautan mungkin runtuh menjelang 2050.
  • Hampir 80% tanah yang dibukakan di Amazon digunakan untuk menternak lembu.

Setiap kali anda memilih untuk memakan makanan bebas-daging, anda membantu untuk melindungi bumi kita.

& ubahkan dunia
Lindungi kesihatan anda

Menurut Academy of Nutrition and Dietetics, mereka yang tidak memakan daging memiliki:

  • Berat badan lebih rendah
  • Kurang barah
  • Kurang penyakit jantung
  • Kurang kencing manis
  • Tekanan darah lebih rendah
  • Kolesterol lebih rendah
  • Kadar kematian akibat penyakit secara umumnya lebih rendah
3 Tetap kuat!
Penuhilah makanan anda dengan makanan tumbuhan yang sarat dengan protein dan zat besi ini.
Protein

Kekacang, kacang dal, kacang, ‘daging’ berasaskan tumbuh-tumbuhan, tauhu dan bijirin penuh semuanya merupakan sumber-sumber protein yang hebat.

Zat Besi

Sayuran-sayuran dedaun, kekacang, kacang dal, tauhu, kacang dan bijian, buah-buahan kering, bijiran sarapan yang diperkuatkan dan roti wholemeal adalah sumber zat besi tumbuh-tumbuhan yang hebat. Bahan penambah sampingan juga disediakan bagi mereka yang memerlukannya.


4 Ambil langkah pertama
Mulakan dengan satu

Sama ada ianya bererti memakan makanan sayur-sayuran sahaja untuk satu hari setiap minggu atau mengenepikan satu haiwan (misalnya ayam) daripada pemakanan anda, mulakan dengan menetapkan sebuah matlamat yang boleh dicapai dan cubalah untuk berpegang teguh kepadanya.


Rekakan kembali makanan kegemaran anda

Carikan ‘vegan + (sajian hidangan kegemaran anda)’ untuk mendapatkan cadangan resipi. Anda mungkin juga ingin membekalkan peti sejuk anda dengan pilihan mesra-haiwan makanan yang anda suka.


Lakukanlah dengan seorang kawan

Cabarkan seorang kawan untuk menjadi bebas-daging bersama anda! Kongsikan resipi dan mencuba makanan baru bersama-sama adalah amat menyeronokkan dan anda akan menyelamatkan lebih banyak haiwan secara berdua.


Maafkan diri anda jika anda telah melakukan kesilapan

Memakan makanan bebas-daging bukannya mengenai soal menjadi seorang yang sempurna – ianya adalah mengenai membawakan perubahan bagi haiwan-haiwan, alam sekitar dan kesihatan anda. Berbanggalah dengan setiap pilihan prihatin anda dan jangan berpatah hati jika anda tersilap langkah.


Jika anda tidak pasti, tanyakan sahaja
Keluar untuk makan malam? Tanyalah chef apa yang mereka boleh masakan tanpa daging, telur dan tenusu. Perlukan sedikit nasihat? Carilah sebuah kumpulan pemakan sayur-sayuran dan tanyalah kepada pihak lain. Ingin maklumat lanjut? Ini adalah sebuah tempat yang hebat untuk mula:
5 Muat turun panduan ini
Isikan e-Mel anda di bawah dan kami akan mengemelkan anda sebuah salinan PDF panduan 5 minit ini.
Nama:
e-Mel:
Terima kasih

Anda baru sahaja menyertai sebuah gerakan global bagi sebuah dunia yang lebih prihatin. Ia tidak mengejutkan bahwa kesedaran mengenai manfaat pemakanan berasaskan tumbuhan sedang terus mengembang dan orang daripada seluruh pelusuk dunia sedang memilih untuk mengurangkan produk haiwan atau menghilangkan haiwan daripada pinggan mereka langsung. Dengan menjadi sebahagian daripada gerakan ini, anda bukan sahaja akan meraih faedah kesihatan, tetapi juga menolong dalam mewujudkan sebuah planet yang lebih bersih dan sebuah dunia yang lebih prihatin terhadap haiwan.

Sila kongsikan ini: